
| Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. | الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ |
| Dan jika kamu menghitung-hitung ni'mat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. | وَإِن تَعُدُّواْ نِعْمَةَ اللّهِ لاَ تُحْصُوهَا إِنَّ اللّهَ لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ |
Semula jadi
* mempunyai cukup lengkap anggota badan. Contohnya mata, telinga, hidung dan sebagainya.
Diusahakan
* nikmat ini ialah nikmat dimana kita usaha sendiri. Contohnya kebun durian. Kita jaga kebun tu baik-baik. Bersihkan, baja apa semua. Hasilnya buah durian dan durian itulah nikmatnya. Begitu juga dengan minuman.
2. Qalbiyah:
Nikmat yang menyenangkan hati dan emosi kita sebagai manusia. Kita dikurniakan anak yang ramai dan harta yang melimpah dapat menggembirakan dan menyenangkan hati kita. Maka itu juga dipanggil nikmat.
3. Badaniyah:
Nikmat yang diberikan Allah untuk kesihatan tubuh badan kita. Kita dijauhkan daripada segala penyakit. Tidak kira sama ada penyakit merbahaya atau pun tidak. Masih ianya dipanggil nikmat juga.
4. Aqliyah:
Nikmat Akal. Nikmat Akal inilah kita senantisa lupa. Kita lupa dulu kita belajar rajin-rajin lepastu dapat keputusan amboi MANTAP. Mulalah kita jaja satu kampung kan mengatakan kitalah budak paling pandai dalam DUNIA. Tapi sebenarnya kita lupa nikmat ini diberikan oleh Allah, Nikmat kefahaman. Astaghfirullahalazim.
Dalam surah Al- Baqarah ayat 269 menjelaskan:
| Allah menganugerahkan al hikmah (kefahaman yang dalam tentang Al Qur'an dan As Sunnah) kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang dianugerahi hikmah, ia benar-benar telah dianugerahi karunia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah)." | يُؤتِي الْحِكْمَةَ مَن يَشَاءُ وَمَن يُؤْتَ الْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِيَ خَيْراً كَثِيراً وَمَا يَذَّكَّرُ إِلاَّ أُوْلُواْ الأَلْبَابِ |
Allahu, beruntungnya mereka yang dapat memahami sesuatu perkara/ pelajaran dengan mudah. Ini kerana Allah telah memberni nikmat kefahaman kepada mereka. Tapi masih kita sebagai manusia tidak bersyukur dan sedikit sangat manusia yang bersyukur.
Tahukan awak merosakkan akal itu HARAM. Macam mana rosakkan akal ? Banyak wahai sahabat. Antaranya:
* Minum arak
* Hidu gam
* Hisap Rokok.
* Tengok perkara yang tidak sepatutnya.
Allahu, anda sendiri dapat fikir apa yang selebihnya perkara yang boleh merosakkan akal. Bukan sahaja perkara tersebut HARAM malah membiarkan diri dalam keadaan jahil juga HARAM. Jadi jangan biarkan diri kamu terus hidup dalam kejahilan. Teruskan menuntut ilmu kerana ilmu tidak akan pernah habis. Orang yang menuntut ilmu itulah orang yang hebat dan dipandang tinggi. Bukan maksud Najah suruh menuntut ilmu sebab nak dipandang tinggi. BUKAN. Najah maksudkan bila kita menuntut ilmu, kita tidak ditindas oleh orang yang lebih berkuasa. Kita tidak diperbodohkan. Faham kan ?
5. Imaniyah:
Nikmat iman. Kenapa iman juga dikatakan sebagai nikmat ? Ini kerana orang yang mempunyai iman akan sentiasa hidup dalam keadaan tenang. Orang yang mempunyai nikmat iman ini juga tidak akan merasa runsing akan dunia. Malah lebih cintakan akhirat daripada segala-galanya. Allahu, bila kah aku dapat merasakan nikmat ini. Indahnya
Sampai sini sajalah dulu ilmu yang Najah dapat kongsi. InshaAllah Najah akan sambung dikemudian hari tentang perkara untuk dapatkan atau menjaga iman. Najah tak akan dapat post macam ni kalau Najah tak menuntut ilmu. Allah, kerdil rasa sebab ilmu Allah luas. Masih banyak yang perlu dipelajari dan dicari. Najah belajar ni pun dari youtube daripada USTAZ AMIN. Najah cuma dapat kecilkan atau hanya dapat buat kesimpulan sahaja. Nak dengar atau ingin tahu lebih mendalam tekan sini. Ilmu perlu dicari bukan hanya diterima sahaja. Maaf jika ada statement atau ayat yang mengelirukan atau tidak kena. Ini kerana Najah hanya manusia dan manusia tidak pernah lari daripada kesilapan. Niat Najah hanya ingin berkongsi ilmu yang Najah dapat. Jazzakallahu Khair :)
Assalamualaikum
*notakaki: Ayat Al-quran daripada sini. Oh ye, jika nak perbetulkan apa-apa betulkan dekat komen ye. Terima Kasih :)


No comments :
Post a Comment