This blog is officially made by NAJAH NAZIRA. Copycats are not allowed.
Be Alert ^^
Hi, Thanks for visiting me here. Do click ( Hi' Me Here ) to know more about me. And Do click ( follow ) button to follow me at the left top of my page. Thanks again :)

Friday, September 19, 2014

Continue from the last post


✨🌟💫

Setiap manusia akan menghadapi ujian mereka sendiri. Whether dalam bentuk duit, harta, anak, sakit dan sihat, miskin dan kaya. Itu semua ujian yang mungkin akan atau dah pun korang tempuhi. 

Aku sedar sakit aku ni hanya semata-mata Allah sayang kat aku. Sakit aku ni hanya sebab Allah tarik aku kembali dekat denganNya. Sakit aku ni banyak aku dapat hikmahnya. Daripada mula aku tak sedar yang aku  di-warded-kan di Hospital Tuanku Jaafar sampailah aku sedar. Almost 7 days aku tak sedar. Banyak benda berlaku within aku tak sedar. Kesian mama-papa-adik-2 sebab bersusah payah jaga aku. Mama banyak sangat tolong aku. Aku tak tahu sama ada aku  dapat jaga mama sepertimana mama jaga aku sekiranya mama sakit nanti.  Allah :'( , kasih ibu sungguh dan amatlah besar. 

Bila kita sakit baru kita dapat rasa macam mana perasaan orang yang sakit, Bila kita sakit baru kita dapat tahu peritnya sakit ni dan Ya Allah bagaimana pula sakit nak mati nanti ? Insaf. Tapi itulah manusia sekejap sahaja dah insaf. Allah hati ini seperti angin yang kadang bergerak ke utara-selatan, timur-barat. Itulah hati yang sentiasa bolak balik Teguhkan hatiku ini Ya Allah.

Kadang bila sakit ni, muncul satu masa ketika kita lemah. Putus harapan. Itu aku rasa bila Dr berkali-kali nak ambil darah aku. Macam Dracula yang berusaha untuk hisap darah manusia, macam nyamuk Aedes yang inginkan darah sebagai makanannya. Ada Dr ni masuk masuk je bilik "Dik, saya nak ambik darah" dengan caranya yang keen sangat nak ambik darah. Macam nak makan darah orang buat soup je gaya dia. Cucuk sampai 4-5 kali kat tangan. Allah sakit. Jujur sakit. 

Lebih perit bila ubat antibiotik dimasukkan melalui urat tangan. Sebelum ni aku tak rasa apa-apa sebab tak sedar dan dimasukkan melalui urat yang lebih besar. Tapi bila dah masuk ubat kat tangan peritnya Ya Allah. Pedih. Pedih yang teramat. Sakit yang teramat sampai aku tak tidur malam. Bila difikirkan. Apa sakit nak mata itu lagi sakit daripada aku rasa sekarang ? Sungguh sakit nak mati tak boleh nak bayang.

Aku bersyukur, Allah masih panjangkan umur aku. Kalau tak mungkin sekarang aku di alam kubur. Allah masih sayangkan aku. Belum cukup amal lagi yang perlu aku bawa untuk berjumpa denganMu. Sungguh, aku tak bersedia lagi untuk menghadapMu kerana aku tahu amal ku masih belum cukup. Dengan sakit ini, bermacam sudah Allah bagi nikmat pada aku dan kami sekeluarga. Tak perlulah aku ceritakan apa nikmatnya. 

Aku cuba untuk menjadi lebih baik daripada sebelum ini. Menjadi lebih baru insyaAllah. Menjadi lebih bersedia untuk pergi berjumpa menghadpMU membawa bekalan yang cukup. Sungguh mati bukan boleh dirancang, tapi Allah lah yang tentukan bila dan dimana kita akan mati. 

; Indeed.

No comments :

Post a Comment