This blog is officially made by NAJAH NAZIRA. Copycats are not allowed.
Be Alert ^^
Hi, Thanks for visiting me here. Do click ( Hi' Me Here ) to know more about me. And Do click ( follow ) button to follow me at the left top of my page. Thanks again :)

Thursday, July 5, 2012

Penghijrahan untukku , Bantulah Aku


Salam ukhuwah buat semua . Bismillahirahmanirrahim sebagai pembuka kata . 
 Najah nak mintak tolong , bantu Najah . Bantu Najah untuk berubah . Bantu Najah untuk jadi yang lebih baik . Najah  baru tersedar yang Najah ni bukan nye sempurna lagi untuk menjadi wanita solehah atau seorang muslimin yang sejati . Even Najah pakai tudung , tapi still aurat Najah tak sempurna lagi . Kadang-kadang pakai 'shawl' tak labuh , kadang kadang pakaian Najah over . You know ikut fashion . Ya Allah , betapa hinanya Najah rasa sebab Najah tahu pakaian Najah 'macam mana' tapi still tak nak ubah . Najah nak berubah untuk menjadi seorang wanita apabila dipandang mukanya akan kelihatan tenang . You know what i mean ? Hmm , last week malam khamis . Najah dengan tiba tibanya menangis . Menangis keinsafan , rasanya lain daripada tangisan Najah yang lain . Ya Allah , hanya Allah sahaja yang tahu macam mana Najah rasa . Najah tak tahu apa makna tangisan Najah tu . Mungkin hidayah Najah yang baru sekarang Najah dapat . Lepas Najah nangis , Najah terus solat Maghrib , Ya Allah , sekali lagi Najah rasa lain . Rasa berbeza sangat dengan solat solat Najah sebelum ni . Solat Maghrib Najah tu Najah dapat rasa yang Najah dekat dengan Allah s.w.t sehingga ketika Najah baca surah al-Fatihah Najah menitiskan air mata . Betul lah orang kata bila kita dapat menghayati solat kita bacaan kita walaupun kita tak faham meaning sesuatu surah tu but kita hayati , Kita akan rasa lain . Kita akan rasa dekat dengan Allah . Sepanjang solat Najah , Najah menitiskan air mata . Membayangkan dosa dosa Najah , membayangkan perkara perkara yang Najah tak lakukan dengan sempurna , membayangkan andainya Najah akan mati esok . Ya Allah , lepas daripada solat tu Najah terus jumpa mama , Minta maaf dengan mama . Peluk mama .  Najah rasa betapa indahnya solat Najah waktu tu . 

Tapi , sekarang Najah semakin jauh dengan Allah . Najah dapat rasa . Najah tak dapat solat and baca Al-Quran . Najah semakin jauh . Najah lalai . Najah tak tahu nak buat apa . Idk , Hidayah yang Najah dapat tu maybe sebab Najah cari Allah . Najah bukak youtube cari pasal ketuhanan . Pasal Allah . Allah tahu najah nak berubah . Allah dah bagi petunjuk dah kat Najah . But still Najah jauh balik . That is why Najah nak mintak tolong . Tolong bantu Najah . Apa yang perlu Najah buat ? 

Ya Allah yang Maha Pemaaf lagi Maha Penyayang , dengan serendah rendah hati aku . Aku memohon kemaafan dari Mu . Bantulah aku supaya aku dapat mengenal diri ku dan juga dirimu . Dapat dekat dengan mu . Dapat menjadi seorang wanita solehah . Aku memohon agar selepasa ini , aku sentiasa patuh pada perintahmu , jaga segala percakapanku , segala urusanku , segala auratku , segala katakataku , segala pergaulanku , jauh daripada lembah maksiat supaya terhindar daripada kemurkaanmu Ya Allah . Dengan jujurnya , aku inginkan sebuah penghijrahan . Sebuah perubahan . Perubahan daripada buruk ke baik , Semoga kau bantu aku untuk mengenal lebih dekat denganmu . Bantu aku untuk berubah Ya Allah . Sesungguhnya Aku inginkan penghijrahan . Semoga penghijrahan aku kekal sehingga akhir hayat dah bukanlah sementara .Sesungguhnya manusia sering melakukan kesilapan mahupun kekhilafan . Begitu juga denganku Ya Allah . Aku meminta petunjukmu semoga kau memberikan jalanku yang lebih lurus dan bukakanlah hatiku untuk lebih dekat denganMu .


Bantulah aku :') .

No comments :

Post a Comment